Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pakar gesa pertingkat Piawai Alat Mobiliti Peribadi, didik orang ramai lebih bertanggungjawab

Meningkatkan piawai Alat Mobiliti Peribadi atau PMD dan mendidik orang ramai cara-cara menggunakannya dengan bertanggungjawab.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar gesa pertingkat Piawai Alat Mobiliti Peribadi, didik orang ramai lebih bertanggungjawab

E-skuter di dok yang terletak di Science Park One. (Gambar: Junn Loh)

Diterbitkan : 23 Dec 2017 08:59PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 09:12PM

SINGAPURA: Meningkatkan piawai Alat Mobiliti Peribadi atau PMD dan mendidik orang ramai cara-cara menggunakannya dengan bertanggungjawab.

Pakar-pakar dalam industri ini mengatakan ini merupakan bidang keselamatan yang boleh diperbaiki berikutan bertambahnya insiden kebakaran yang melibatkan PMD baru-baru ini.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), terdapat 38 kes kebakaran yang melibatkan PMD dari Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 25 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

38 kes kebakaran melibatkan PMD berlaku dari Januari hingga Oktober tahun ini,
berbanding 25 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam kejadian terbaru minggu lalu, empat orang cedera.

Mereka yang pakar dalam industri berkenaan mengatakan kebanyakan kebakaran itu berlaku disebabkan oleh pengecas yang kurang bermutu.

"Sebilangan besar daripada mereka adalah jenama umum, mereka bukan dari jenama yang bereputasi. Jadi punca kebakaran selalunya disebabkan oleh kerosakan pada bateri dan pengecasan bateri," kata Pengurus Besar Falcon, Encik Victor Lee.

Mereka menambah bahawa bateri daripada jenama e-skuter yang tidak diketahui adalah lebih mudah terdedah kepada kebakaran, terutama sekali apabila ia dicas terlalu lama atau tidak bersesuaian dengan alat tersebut.

Dan mereka percaya lebih separuh PMD di jalan raya mungkin tergolong dalam kategori itu memandangkan ramai yang membelinya secara online.

Buat masa ini kriteria PMD yang harus dipatuhi termasuk, kelajuan maksimum, berat dan kelebaran alat tersebut. 

Sumber : CNA/UR/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan