Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'PA Shiok Series' bakal tawar 30% lebih banyak kursus berbanding 2018

Satu acara ala 'street style' dianjurkan di kawasan Kampong Gelam. Dipanggil 'SO SHIOK x SO GELAM', acara yang bermula sejak 4.00 petang tadi (12 Jan) bagi menyambut ulang tahun pertama kejayaan 'PA Shiok Series'.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu acara ala 'street style' dianjurkan di kawasan Kampong Gelam. Dipanggil 'SO SHIOK x SO GELAM', acara yang bermula sejak 4.00 petang tadi (12 Jan) bagi menyambut ulang tahun pertama kejayaan 'PA Shiok Series'.

Ia merupakan satu inisiatif Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat atau MESRA untuk menggalak lebih ramai masyarakat Melayu menyertai kursus dan program yang ditawarkan di kelab-kelab masyarakat.

Menyusuli kejayaan inisiatif itu juga, lebih 650 kelas dan program-program di kelab-kelab masyarakat akan ditawarkan tahun ini - iaitu 30 peratus lebih tinggi berbanding 500 kelas yang ditawarkan pada 2018 di bawah inisiatif itu.

Acara yang dianjurkan hari ini (12 Jan) mempunyai konsep 'pasar malam', di mana orang ramai berpeluang mencuba dan meneroka sendiri kursus-kursus di bawah 'PA SHIOK Series' seperti seni tangan melukis biskut.

Dari Arab Street ke Baghdad Street, para pengunjung dapat bersiar-siar sambil mencuci mata dan berborong di gerai-gerai 'SO GELAM'.

Pelatih-pelatih kursus 'SHIOK Series' juga turun padang untuk memberi tunjuk ajar dalam bidang kulinari dan gaya hidup.

"Dengan adanya kursus-kursus yang diadakan di sini, kami dapat mendekati masyarakat dan menggalak mereka untuk menyertai kursus-kursus yang ditawarkan di kelab-kelab masyarakat. Jadi acara ini seperti satu wadah juga bagi menggalak pembelajaran sepanjang hayat," kata Cik Sa'adiah Abdul, ahli PA MESRA.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan