Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Outward Bound Singapore gantung semua kegiatan laut di Pulau Ubin

Outward Bound Singapore menggantung semua kegiatan laut di sekitar kampusnya di Pulau Ubin, berdekatan dengan Pasir Gudang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Mar 2019 08:56PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 10:43PM

SINGAPURA: Outward Bound Singapore menggantung semua kegiatan laut di sekitar kampusnya di Pulau Ubin, berdekatan dengan Pasir Gudang.

Majlis Belia Kebangsaan yang menyelia kegiatan luar sekolah menyatakan ia meminta sekolah-sekolah supaya menghentikan kegiatan setakat ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini walaupun selepas pihak berkuasa mengisytiharkan bahawa air laut dan mutu udara di sekitar kawasan tersebut berada dalam paras normal, semalam (14 Mac).

Di ladang ikan berhampiran pantai, para pekerja memberitahu Mediacorp sejauh ini tiada kematian ikan besar-besaran akibat pencemaran kimia toksik, namun baru-baru ini mereka memerhatikan rondaan lebih kerap dilakukan untuk mengumpul sampel air. 

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan