Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang ramai digalak baca lebih banyak bahan bacaan sastera tempatan, bahasa Ibunda

Orang ramai digalak untuk membaca lebih banyak bahan bacaan yang pelbagai, terutama sekali bahan sastera tempatan dan bahan bacaan dalam bahasa Ibunda masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai digalak baca lebih banyak bahan bacaan sastera tempatan, bahasa Ibunda
Diterbitkan : 22 Jun 2018 10:34PM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 10:39PM

SINGAPURA: Orang ramai digalak untuk membaca lebih banyak bahan bacaan yang pelbagai, terutama sekali bahan sastera tempatan dan bahan bacaan dalam bahasa Ibunda masing-masing.

Inilah antara matlamat pesta membaca tahunan, Read! Fest yang dilancarkan malam tadi (22 Jun).

Lebih 70 daripada sekitar 150 program membaca dianjurkan dalam bahasa Mandarin, Melayu atau Tamil. Ini adalah peningkatan 30% berbanding setahun lalu.

84 penulis tempatan, iaitu jumlah tertinggi sejauh ini akan diketengahkan untuk menggalak sastera tempatan.

Pesta anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) itu adalah sebahagian daripada Gerakan Membaca Kebangsaan (NRM).

Read! Fest juga diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan meluaskan pilihan bacaan orang ramai.

Ini selaras dengan tujuan NRM untuk menggalak lebih ramai orang untuk bukan saja membaca secara meluas tetapi juga memupuk semangat membaca bersama.

NLB menyatakan secara purata jumlah peserta bagi pesta berkenaan meningkat sekitar 50%-60% tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Ini memenuhi matlamat NRM untuk menggalak golongan pembaca aktif dan menyokong insiatif pembelajaran sepanjang hayat.

Lebih 10,000 orang dijangka menyertai Read! Fest 2018 yang berlangsung dari hari ini (22 Jun) hingga 28 Julai.

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan