Images

Orang ramai beratur panjang luar Abercrombie & Fitch susuli pengumuman akan tutup kedai

SINGAPURA: Orang ramai beratur panjang di luar kedai pakaian Abercrombie & Fitch di Orchard Road pada Selasa (20 Apr) selepas jenama itu mengumumkan akan menutup cawangan tunggalnya di Singapura pada 2 Mei nanti.

Duta jarak selamat turut turun padang, meminta kakitangan syarikat supaya mengawal orang ramai yang beratur di luar kedai.

Mereka juga memetik gambar dan mencatat keadaann di kedai.

Abercrombie & Fitch membuka cawangan di Knightsbridge Mall sekitar 10 tahun lalu.

Tahun lalu, ia menutup 16 peratus daripada lebih 850 kedainya di merata dunia dan melaporkan kadar penjualan yang merosot sebanyak 14 peratus.

Ramai pelanggan yang ditemui hari ini berkata mereka ke kedai itu disebabkan potongan harga yang ditawarkan sebelum tutup kedai.

Dalam satu catatan Instagram pada Isnin, Abercrombie & Fitch tidak menyatakan sebab di sebalik penutupan kedai itu.

Namun, catatan tersebut menarik perhatian pembeli ke aplikasi mudah alihnya, yang membolehkan mereka "berbelanja dari mana saja".

- CNA/RU/tq

Top