Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang ramai akur perlunya langkah hadkan jumlah orang makan luar kerana kes COVID-19 naik tinggi

Langkah Pemerintah mengehadkan bilangan perhimpunan sosial dan makan di luar kepada dua orang sahaja berkuat kuasa esok (27 Sep), nampaknya diterima baik kebanyakan orang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Langkah Pemerintah mengehadkan bilangan perhimpunan sosial dan makan di luar kepada dua orang sahaja berkuat kuasa esok (27 Sep), nampaknya diterima baik kebanyakan orang.

Orang ramai yang BERITAmediacorp temui menyatakan mereka setuju bahawa langkah tersebut perlu diambil "demi kebaikan".

Hari ini (26 Sep) merupakan hari terakhir lima orang boleh duduk semeja di cawangan-cawangan F&B sebelum bilangannya dikurangkan kepada dua orang sahaja bagi empat minggu ini bermula esok.

Orang ramai yang ditinjau di kawasan menjamu selera Kampong Gelam rata-rata bukan setakat melahirkan rasa faham akan langkah pemerintah itu, malah mereka turut bimbang dengan jumlah kes baru yang naik cukup banyak.

Sejak lapan hari lalu, kes-kes baru COVID-19 naik antara 1,000 hingga lebih 1,600 setiap hari.

Encik Naufal Basit, salah seorang pengunjung Kampong Gelam berkongsi bahawa beliau menyokong keputusan yang diambil pemerintah.

"Kes dah naik. Cuma dua orang sahaja. Jadi saya tidak boleh salahkan pemerintah kalau mereka mahu kurangkan dua orang," ujar Encik Naufal.

Bagi Encik Arif Suratman pula perkembangan terkini lonjakan kes jangkitan memang mewajarkan langkah pengawalan.

"Pada saya melihat statistik jangkitan memang patutlah kurangkan sebab merebak lebih, kan.

"Jika ia untuk kebaikan, mengapa tidak?" ujar beliau.

Selain beliau, ada juga pelanggan seperti Cik Ilyany Mahadi yang menganggap langkah itu wajar kerana risiko jangkitan COVID-19 lebih tinggi di tempat orang ramai berkumpul.

"Pada saya memang patut saya tidak rasa marah atau apa-apa," ulasnya.

Suasana sekitar Kampong Gelam pada 26 Sep 2021 (Gambar: Mediacorp)

Sebilangan pelanggan yang kami temui memang tidak menyembunyikan rasa kecewa bahawa sekatan terbaru itu menjejas keselesaan mereka untuk keluar dengan keluarga. Ini khususnya bagi keluarga yang lebih besar.

"Paling kurang pada saya tiga orang. Jadi kerana sekatannya untuk dua orang sahaja, jadi macam rancangan kami sudah tergendala tidak dapat keluar rumah," keluh Cik Saripah Amat yang mempunyai keluarga empat orang.

Seorang lagi pelanggan dengan keluarga empat orang ialah Cik Srihiryati Darmawani. Beliau akur bahawa leceh untuk duduk makan menggunakan dua meja berasingan.

"Tapi kalau kita lihat keadaan sekarang, untuk kebaikan. Macam anak saya yang pertama pun akan menduduki peperiksaan PSLE. Jadi kekebasan itu tersekat sedikit. Tapi untuk keselamatan lah. Kami tidak boleh fikirkan tentang diri sendiri," ujarnya yang akur tentang pentingnya langkah pemerintah itu.

Bagi sebilangan peniaga yang sempat kami temui, berita sekatan tersebut memang mengejutkan kerana Singapura berada di fasa untuk membuka semula lebih banyak kegiatan.

"Tapi saya tetap bersyukur daripada mereka cakap tidak boleh makan di luar langsung. Itu lagi akan buat kerisauan, semua sektor F&B lah. Jadi buat masa ini kita buat apa yang boleh, kita ikut apa sekatan yang pemerintah akan buat.

"Cuma memanglah F&B akan amat terjejas," menurut pemilik rangkaian restoran The Malayan Council, Encik Hafiz Alkhatib, kepada kami.

Lantaran itu, beliau berharap pihak pemerintah memahami cabaran yang dihadapi para peniaga F&B sepertinya dan akan terus memberi sokongan kepada sektor tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan