Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang lama Jalan Ampas - Wahid Satay, 'Ayu 20 Sen' buat penampilan di acara Jejak Warisan

Studio Shaw di Jalan Ampas pernah mewarnai zaman kegemilangan filem Melayu pada era 50-an dan 60-an, dengan filem dan lagu-lagunya yang malar segar.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Studio Shaw di Jalan Ampas pernah mewarnai zaman kegemilangan filem Melayu pada era 50-an dan 60-an, dengan filem dan lagu-lagunya yang malar segar.

Sekitar 200 penduduk kawasan Woodlands dan Sembawang berpeluang melepaskan rindu dan beramah mesra bersama para seniman dan seniwati Jalan Ampas dalam satu malam penuh nostalgia di Studio Shaw pada Sabtu (8 April).

Selain menjenguk bangunan yang pernah melahirkan tokoh-tokoh industri perfileman Melayu, para peserta acara Jejak Warisan anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Woodlands dan Sembawang berpeluang mendengar pengalaman menarik yang dikongsi orang-orang lama Jalan Ampas seperti Wahid Satay, K. Fatimah dan Sri Rahayu Sudarmaji atau "Ayu 20 sen".

Berkongsi tentang pengalamannya di acara itu, seniwati Sri Rahayu Sudarmaji berkata: "Saya berasa sangat bahagia, sangat terharu. Lebih-lebih lagi kerana ini ialah tempat saya membesar dan saya mengenali nilai seni budaya, mulai di sini.

Lebih menarik lagi, para peserta acara turut sama menyambut ulang tahun seniwati Zaiton ke-82 dengan acara memotong kek pulut kuning.

"Terima kasih kepada semua peminat-peminat dan yang mana sudi ingat saya. Saya tidak sangka malam ini benar-benar malam yang betul menggembirakan," ujar seniwati Zaiton dengan penuh rasa terharu.

Pastinya, dalam memperingati warisan budaya kita, filem-filem Melayu dari Jalan Ampas adalah satu khazanah budaya Melayu yang perlu dilestarikan.

Menurut AP GRC Sembawang, Amrin Amin: "Saya rasa mengingati sejarah kita amat penting. Ini adalah warisan kita, kita harus menghargai, mencintai warisan kita supaya kita dapat tahu asal usul kita."

"Kita tahu yang kita bukan calang-calang orang yang kita adalah bangsa yang berbakat. Kita lihat lagu-lagu, kita lihat mesej-mesej yang disampaikan oleh Allahyarham P. Ramlee, tokoh-tokoh yang dahulu yang mesej yang masih kekal relevan hari ini."

Acara lawatan ke Studio Shaw di Jalan Ampas ini merupakan kali keempat dianjurkan dalam siri Jejak Warisan dengan kerjasama MAEC Woodlands dan Sembawang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/HZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan