Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang awam bantu alih dahan patah di Ganges Avenue

Lebih 10 orang tampil bagi membantu mengalihkan dahan pokok besar yang jatuh pada malam Sabtu lalu (28 Apr). Dahan itu menghalang trafik di tiga lorong jalan raya Ganges Avenue menghala Indus Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Orang awam bantu alih dahan patah di Ganges Avenue

(Gambar: Loh Soon Heng)

Diterbitkan : 30 Apr 2018 08:44AM Dikemas Kini : 30 Apr 2018 08:46AM

SINGAPURA: Lebih 10 orang tampil bagi membantu mengalihkan dahan pokok besar yang jatuh pada malam Sabtu lalu (28 Apr). Dahan itu menghalang trafik di tiga lorong jalan raya Ganges Avenue menghala Indus Road.

Mereka membantu mengangkat dahan dan ranting-ranting pokok ke tepi jalan.

Insiden tersebut berlaku pada sekitar 8.15 malam, kata seorang saksi Loh Soon Heng. Beliau terdengar dentuman kuat ketika sedang menonton televisyen di flatnya, iaitu flat HDB di depan jalan raya itu.

"Lima minit kemudian, sekitar 15 orang bantu mengangkat dahan-dahan," kata anggota perkhidmatan negara sepenuh masa itu. Beliau juga ternampak seorang individu membantu mengawal laluan trafik.

Menurutnya lagi, para pegawai polis dan kakitangan yang memotong dahan-dahan pokok itu, tiba di tempat kejadian pada sekitar 8.45 malam.

Mediacorp difahamkan tiada kecederaan akibat kejadian itu.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengirimkan tweet pada 8.18 malam tentang halangan laluan trafik di Ganges Avenue. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan