Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ong Ye Kung: Meritokrasi 'sistem terbaik yang diketahui' walaupun tidak sempurna

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung akur meritokrasi bukanlah sistem yang sempurna tetapi ia tetap "sistem terbaik yang diketahui". 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jul 2019 08:42PM Dikemas Kini : 28 Jul 2019 12:09AM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Ong Ye Kung akur meritokrasi bukanlah sistem yang sempurna tetapi ia tetap "sistem terbaik yang diketahui".

Beliau berkata demikian semasa berucap di sambutan Hari Pengasas Raffles Institution (RI), sambil menarik perhatian bahawa konsep meritokrasi sering dipertikaikan di merata dunia.

"Saya tidak percaya bahawa prinsip-prinsip kita pada masa lalu sudah ketinggalan zaman atau menjadi tidak relevan.

"Jika kita memahami bagaimana ketidaksamarataan sebahagiannya merupakan kesan daripada kejayaan dalam usaha meningatkan kehidupan, memastikan pengiktirafan luas terhadap pelbagai bakat, dan melakukan usaha sepenuhnya untuk membantu anggota-anggota masyarakat yang lebih lemah - kita boleh terus memberi ganjaran dan mengiktiraf kecemerlangan dan pada masa yang sama bersikap ihsan dan inklusif," kata Encik Ong.

Encik Ong menyarankan tiga cara agar Singapura dapat mengatasi keterbatasan meritokrasi.

Pertama, jangkaan terhadap meritokrasi perlu disesuaikan mengikut fasa pembangunan.

Misalnya, walaupun jumlah pelajar kurang berkemampuan di universiti kian berkurangan berbanding sebelumnya, ia sebenarnya kerana kadar pelajar seperti itu semakin kecil.

Kedua, Encik Ong menyeru agar keupayaan seseorang dinilai secara lebih luas dan tidak hanya berdasarkan pencapaian akademik.

Ada juga keperluan mempergiat usaha membantu para pelajar yang kurang bernasib baik dan menjadikan sekolah-sekolah bebas seperti RI, berada dalam kemampuan golongan berpendapatan rendah.

Beliau menyebut Biasiswa UPLIFT sebagai contoh. Dilancarkan pada April lalu, biasiswa itu bertujuan membantu para pelajar dari keluarga-keluarga berpendapatan rendah.

Sehingga bulan lalu, sekitar 400 biasiswa UPLIFT sudah diberikan kepada para pelajar yang layak.  

Sumber : CNA/AQ/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan