Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ofo diberi lebih masa alihkan basikal dari ruang awam

Permohonan oleh syarikat khidmat perkongsian basikal berpangkalan di China, Ofo agar diberikan lebih masa untuk menarik balik basikal-basikalnya dari ruang awam diluluskan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). Demikian menurut pihak berkuasa itu hari ini (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Ofo diberi lebih masa alihkan basikal dari ruang awam

Basikal-basikal ofo di Singapura. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 14 Mar 2019 11:06PM Dikemas Kini : 14 Mar 2019 11:08PM

SINGAPURA: Permohonan oleh syarikat khidmat perkongsian basikal berpangkalan di China, Ofo agar diberikan lebih masa untuk menarik balik basikal-basikalnya dari ruang awam diluluskan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). Demikian menurut pihak berkuasa itu hari ini (14 Mac).

Salah satu sebab adalah kemajuan syarikat berkenaan dalam melaksanakan sistem kod QR, yang berkuat kuasa pada 14 Jan.

Ibu pejabat Ofo memaklumkan LTA bahawa ia kini berada pada "peringkat lanjut rundingan" untuk menggabungkan Ofo Singapore dengan satu lagi pihak.

Sebelum ini, tarikh akhir yang ditetapkan bagi mengalihkan basikal-basikal Ofo adalah pada Rabu (13 Mac). Lesen Ofo akan terus digantung sepanjang tempoh lanjutan tersbeut.

Keputusan itu diambil selepas Mobike, sebuah syarikat yang berpangkalan di China, meminta keizinan LTA untuk menyerahkan lesen khidmat basikal sewanya, dengan menyatakan bahawa ia akan "menilai semula unitnya dalam pasaran luar negara".

MASALAH YANG MEMBELENGGU OFO

Pada 14 Februari, LTA menggantung lesen khidmat basikal sewa Ofo dan mengarahkan syarikat itu supaya memindahkan semua basikalnya dari ruang awam menjelang 13 Mac.

Pihak berkuasa itu menyatakan ia akan mengambil "tindakan kawal selia sewajarnya, termasuk kemungkinan membatalkan lesen Ofo."

Pada Januari, Mediacorp melaporkan bahawa Ofo sudah menamatkan kontrak semua kakitangannya di Singapura menjelang akhir bulan tersebut.

Menurut laporan itu, Ofo juga berhutang sekitar S$700,000 bagi khidmat dua bekas vendor logistiknya.

Ofo sebelum ini menawarkan khidmat basikal sewa di lebih 20 negara, termasuk Perancis, Australia dan Amerika Syarikat.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan