Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

oBike bakal adakan mesyuarat, beri perkembangan terkini

Penyelesai oBike mengumumkan bahawa ia akan mengadakan mesyuarat dengan pemiutang-pemiutangnya, termasuk para pelanggan yang sebelum ini membayar wang cengkeram, bagi memberikan perkembangan tentang proses pembubaran syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
oBike bakal adakan mesyuarat, beri perkembangan terkini

(Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 24 Jul 2018 11:18AM Dikemas Kini : 24 Jul 2018 11:20AM

SINGAPURA: Penyelesai oBike mengumumkan bahawa ia akan mengadakan mesyuarat dengan pemiutang-pemiutangnya, termasuk para pelanggan yang sebelum ini membayar wang cengkeram, bagi memberikan perkembangan tentang proses pembubaran syarikat itu.

Mesyuarat itu bakal diadakan pada jam 3.00 petang, 2 Ogos, di Auditorium Shine yang terletak di 100 Beach Road. Demikian menurut pihak FTI Consulting dalam kenyataan medianya.

"Pemiutang dan pelanggan akan dimaklumkan tentang perkembangan proses pembubaran syarikat," menurut FTI Consulting.

Ia juga menggesa semua pelanggan menyerahkan permohonan bagi tuntutan mereka selewat-lewatnya pada 1 Ogos, jam 12.00 tengah hari.

Pelanggan tidak perlu hadir di mesyuarat itu, menurut oBike, sambil menambah bahawa pemiutang masih boleh membuat tuntutan selepas mesyuarat itu.

Pengendali basikal sewa itu bulan lalu mengumumkan bahawa ia akan menghentikan operasinya di Singapura kerana menghadapi kesukaran menepati syarat-syarat baru yang ditetapkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi menangani masalah meletak basikal sebarangan.

Ini menyusuli jumlah aduan terhadap syarikat tersebut yang melonjak, di mana ramai pelanggan mengadu "wang cengkeram mereka tidak dipulangkan".

Awal bulan ini, pelabur pengasas oBike dan pengerusinya Shi Yi mengesahkan dengan Mediacorp bahawa jumlah wang cengkeram yang belum dipulangkan kepada pelanggan mencecah AS$4.6 juta (S$6.3 juta).

Encik Shi mengatakan beberapa yuran yang dikenakan LTA terhadap syarikat itu, sekiranya ia gagal mengalihkan basikalnya, akan menjejas dana sedia ada yang bertujuan untuk memulangkan wang cengkeram oBike.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan