Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Oasis Terraces di Punggol dibuka secara rasmi

Pusat kejiranan generasi baru pertama di negara ini - Oasis Terraces - dibuka secara rasmi hari ini (17 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2019 07:17PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 09:08PM

SINGAPURA: Pusat kejiranan generasi baru pertama di negara ini - Oasis Terraces - dibuka secara rasmi hari ini (17 Feb).

Projek pembangunan setinggi tujuh tingkat di Punggol itu antara lain menempatkan sebuah poliklinik, kebun masyarakat dan kedai-kedai di bawah satu bumbung.

Oasis Terraces, iaitu pusat kejiranan generasi baru yang pertama seumpamanya di negara ini, dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong.

"Terdapat hubungan emosi yang istimewa dan kebiasaan di pusat-pusat kejiranan HDB. Para perancang menggelarnya 'tempat ketiga' iaitu tempat di luar rumah dan kerja, di mana orang berkumpul dan bersosial dan anda boleh memupuk semangat bermasyarakat.

"Itulah keistimewaan pusat-pusat kejiranan HDB dan mengapa kita komited untuk membinanya," kata Encik Wong.

Pusat kejiranan generasi baru itu adalah yang pertama berkongsi tempat dengan Poliklinik Punggol. Sebuah kebun masyarakat yang terletak di bahagian bumbungnya pula dikendalikan oleh para penduduk yang tinggal berhampiran.

Selain itu, Oasis Terrace juga mempunyai satu ruang Kelompok Usahawan bagi menarik para peniaga dalam talian untuk membuka kedai secara fizikal dengan harga sewa yang lebih rendah.

Lima lagi pusat kejiranan generasi baru akan siap menjelang 2022.

Pusat-pusat itu ialah Buangkok Square, Hougang Rivercourt, Plaza Canberra, Northshore Plaza Punggol dan Anchorvale Village. 

Sumber : CNA/RR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan