Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nyamuk Wolbachia dilepaskan di lebih banyak kawasan di Nee Soon, Tampines

Nyamuk-nyamuk jantan dengan Wolbachia sudah dilepaskan di lebih banyak kawasan di Nee Soon dan Tampines.

Anggaran Waktu Membaca:
Nyamuk Wolbachia dilepaskan di lebih banyak kawasan di Nee Soon, Tampines

Nyamuk-nyamuk jantan dengan Wolbachia. (Gambar: Angela Lim)

Diterbitkan : 22 Feb 2019 11:05AM Dikemas Kini : 22 Feb 2019 11:10AM

SINGAPURA: Nyamuk-nyamuk jantan dengan Wolbachia sudah dilepaskan di lebih banyak kawasan di Nee Soon dan Tampines. Ini bagi fasa seterusnya untuk satu kajian bagi mengurangkan jumlah nyamuk Aedes dan membasmi demam denggi.

Fasa ketiga Projek Wolbachia Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dimulakan pada Jumaat (22 Feb), dengan nyamuk-nyamuk itu dilepaskan di Nee Soon East dan Tampines West, dengan kedua-dua tapak itu 1.6 hingga 2.2 kali lebih besar berbanding kawasan ujian di bawah fasa kedua.

Nyamuk-nyamuk jantan yang dijangkiti dengan Wolbachia tidak menggigit atau menyebarkan penyakit. Dengan ini, telur nyamuk betina tidak akan menetas.

Matlamat untuk memperluaskan kawasan-kawasan tersebut adalah untuk menentukan sama ada usaha mengawal jumlah nyamuk Aedes aegypti boleh diteruskan dan ditampung di kawasan-kawasan lebih besar, menurut NEA.

Bagi jangka panjang, ini akan memerlukan strategi-strategi yang boleh mengurangkan jumlah nyamuk Aedes jantan yang dijangkiti Wolbachia dilepaskan di sesebuah kawasan untuk menjadikan teknologi itu lebih mampan.

Peluasan tapak ujian itu dilakukan menyusuli kejayaan fasa kedua kajian itu, yang dijalankan antara April 2018 hingga Januari 2019 di kawasan-kawasan lebih kecil di Nee Soon East dan Tampines West.

Ia mengakibatkan jumlah nyamuk Aedes merosot 80 peratus di tapak kajian Nee Soon East dan penurunan 50 peratus di tapak ujian Tampines West, menurut NEA.

Hasil dapatan daripada fasa kedua juga membuktikan bahawa tapak kajian lebih luas boleh meraih hasil yang lebih baik. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan