Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NWC saran kenaikan gaji S$50-S$70, bonus sekali bagi pekerja bergaji rendah

Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) hari ini (31 Mei) menyarankan agar para pekerja bergaji rendah, dengan pendapatan sehingga S$1,300, diberi kenaikan gaji S$50 hingga S$70.

Anggaran Waktu Membaca:
NWC saran kenaikan gaji S$50-S$70, bonus sekali bagi pekerja bergaji rendah

Pekerja pembersihan. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 31 May 2018 07:31PM Dikemas Kini : 31 May 2018 07:34PM

SINGAPURA: Di tengah-tengah keadaan ekonomi yang semakin pulih, Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) hari ini (31 Mei) menyarankan agar para pekerja bergaji rendah, dengan pendapatan sehingga S$1,300, diberi kenaikan gaji S$50 hingga S$70.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding saranan pada tahun lalu iaitu kenaikan gaji sebanyak S$45 hingga S$60 bagi para pekerja bergaji rendah, dengan pendapatan sehingga S$1,200.

Ini adalah kali ketiga NWC mengusulkan lingkungan kenaikan gaji serta kenaikan pada had gaji bulanan asas bagi para pekerja bergaji rendah.

Kenaikan pada had gaji tahun lalu meliputi lebih ramai pekerja bergaji rendah dan membawa kepada peningkatan gaji, menurut NWC.

Jumlah pekerja penduduk tempatan yang bergaji kurang daripada S$1,200 juga berkurangan dari anggaran 8.1 peratus pada 2016 kepada 7.7 peratus pada 2017.

Meneruskan kemajuan itu, NWC menyatakan ia amat berguna untuk terus menyediakan garis panduan kuantitatif bagi para pekerja bergaji rendah dan untuk terus menaikkan had gaji asas.

Namun NWC juga menyatakan kadar penggunaan garis panduan kuantitatif bagi para pekerja bergaji rendah dari sumber luar merosot 49 peratus pada 2016 kepada 44 peratus pada 2017.

Bagi para majikan yang tidak memberikan kenaikan gaji, sebab utama yang diberikan adalah mereka terbatas oleh perjanjian kontrak atau sudahpun membayar gaji mengikut kadar pasaran, menurut NWC.

NWC menggesa para penyedia khidmat untuk mengamalkan saranan-saranan gaji yang sama bagi para pekerja bergaji rendah dari sumber luar dan untuk menimbangkan kenaikan-kenaikan gaji dalam harga bidaan, khususnya bagi sektor pembersihan, keselamatan dan landskap.

BONUS SEKALI BERI

Bagi syarikat-syarikat yang mencapai peningkatan daya penghasilan pada 2017, NWC menyarankan agar mereka memperuntukkan bayaran khas sekali sebanyak S$300 hingga S$600 kepada para pekerja bergaji rendah sehingga S$1,300.

Ini boleh dibayar secara selepuk kepada para pekerja atau menerusi pecahan beberapa bayaran.

Laporan tahunan MOM semalam (30 Mei) berhubung amalan-amalan gaji menunjukkan jumlah syarikat yang melaksanakan saranan-saranan NWC bagi para pekerja bergaji rendah, melonjak dari 21 peratus pada 2016 kepada 48 peratus pada 2017, paling tinggi sejak 2013.

Secara keseluruhan, 62 peratus syarikat dengan para pekerja bergaji rendah memberikan kenaikan gaji pada 2017, naik dari 40 peratus pada 2016.

Industri-industri seperti khidmat penginapan dan makanan, masyarakat, khidmat masyarakat, sosial dan peribadi serta perdagangan borong dan runcit merupakan yang paling proaktif mengikuti saranan kenaikan gaji.

Industri-industri seperti binaan, pengangkutan dan penyimpan serta pengilangan pula sebaliknya.

Syarikat-syarikat yang tidak menaikkan gaji para pekerja bergaji rendah menyatakan sebab-sebab seperti prestasi perniagaan kurang baik dan pembayaran gaji mengikut kadar pasaran.

Terdapat juga beberapa kebimbangan tentang kesannya ke atas perniagaan dan kos gaji serta prestasi kurang baik para pekerja.

Garis panduan NWC itu meliputi tempoh dari 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2019.  

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan