Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NWC akan kemas kini garis pandu gaji jelang September

NWC akan mengadakan mesyuarat sekali lagi pada hujung bulan ini untuk menyemak garis panduan gaji dan pekerjaan yang dikeluarkannya pada Mac dan merancang untuk mengeluarkan garis panduan yang dikemas kini pada September, sedang kesan pandemik COVID-19 terus mencengkam pasaran buruh Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2020 01:43PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 09:50PM

SINGAPURA: Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan mengadakan mesyuarat sekali lagi pada hujung bulan ini untuk menyemak garis panduan gaji dan pekerjaan yang dikeluarkannya pada Mac dan merancang untuk mengeluarkan garis panduan yang dikemas kini pada September, sedang kesan pandemik COVID-19 terus mencengkam pasaran buruh Singapura.

Para pemimpin perikatan tiga pihak bersetuju untuk mengadakan mesyuarat sekali lagi untuk "memberikan bimbingan yang relevan dan tepat pada masanya kepada majikan" di tengah-tengah situasi yang mencabar, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataan medianya pada Jumaat (14 Ogos).

Mesyuarat itu diumumkan awal bulan ini oleh Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo setelah mengadakan rundingan dengan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Ng Chee Meng dan presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) Robert Yap.

"Dengan kesan yang sangat ketara terhadap ekonomi disebabkan oleh pandemik COVID-19, syarikat-syarikat dan terutamanya para pekerja, adalah penting untuk rakan-rakan perikatan tiga pihak meneliti cabaran yang dihadapi dan mengusulkan saranan-saranan untuk menangani isu-isu tersebut," kata pengerusi NWC, Peter Seah.

“Pada masa lalu, NWC dengan rakan-rakan perikatan tiga pihak memberikan panduan dan bimbingan mengenai bagaimana untuk mengharungi masa-masa yang sangat mencabar. Sudah tiba masanya, NWC bersidang sekali lagi untuk berbuat demikian."

Majlis itu kali terakhir bersidang pada Mac, di mana ia mengeluarkan satu set saranan untuk membimbing para majikan sedang wabak COVID-19 menyebabkan gangguan pada pasaran buruh Singapura.

Ia turut menggesa para majikan supaya “mengurangkan kos yang tiada kaitan dengan gaji dan menimbangkan pelbagai langkah untuk menguruskan dan mengambil kesempatan daripada tenaga kerja berlebihan” dan memanfaatkan sokongan Pemerintah untuk mengimbangi kos perniagaan dan gaji.

Ia juga menggesa para peniaga supaya mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dalam mengurangkan gaji dan memberikan "pertimbangan khusus" kepada para pekerja bergaji rendah.

KELEMBAPAN PASARAN BURUH "DIJANGKA BERLARUTAN"

Majlis itu, yang biasanya bersidang setahun sekali, menyatakan pada Mac bahawa pihaknya akan bersidang sekali lagi untuk mengkaji semula garis panduan gaji pada lewat tahun ini jika perlu.

"Pasaran tenaga kerja sudah melemah dengan ketara sejak ketika itu," menurut MOM dalam kenyataan medianya pada Jumaat.

"Kadar keseluruhan pengangguran meningkat dari 2.4 peratus pada Mac 2020 kepada 2.9 peratus pada Jun 2020, dan pemberhentian pekerja jauh lebih tinggi pada suku kedua 2020 (6,700), jika dibandingkan dengan suku sebelumnya (3,220).

"Kelembapan dalam pasaran buruh mungkin berlarutan di tengah-tengah persekitaran ekonomi luaran yang lemah, dan tekanan ke atas syarikat untuk memberhentikan pekerja yang kian meningkat."

Orang ramai boleh memberikan maklum balas dan saranan mereka kepada Sekretariat NWC secara online, yang akan dibuka sehingga 28 Ogos, tambah MOM.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan