Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS umum pelan pelaksanaan langkah baru berhubung salah laku seksual

Universiti Nasional Singapura (NUS) sudah melakarkan "rancangan pelaksanaan yang lengkap" bagi saranan-saranan yang dilakukan oleh jawatankuasa semakan berhubung salah laku seksual. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jun 2019 10:11PM Dikemas Kini : 13 Jun 2019 10:21PM

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) sudah melakarkan "rancangan pelaksanaan yang lengkap" bagi saranan-saranan yang dilakukan oleh jawatankuasa semakan berhubung salah laku seksual. Demikian diumumkan menerusi sepucuk surat oleh Presiden NUS pada Khamis (13 Jun).

Universiti itu menubuhkan sebuah jawatankuasa semakan pada April tahun ini setelah seorang mahasiswi, Monica Baey menggesa agar denda lebih berat dikenakan terhadap seorang lagi pelajar Nicholas Lim, yang merakamnya di dalam bilik mandi asrama.

Jawatankuasa itu menghantar saranan-saranannya pada Isnin dan kemudian, Lembaga Pengamanah NUS mengumumkan bahawa is sudah menerima saranan-saranan itu "sepenuhnya".

"Universiti itu sudah meninjau saranan-saranan itu dengan teliti dan kami sudah melakarkan pelan pelaksanaan penuh bagi saranan-saranan dan langkah-langkah integrasi yang sudah pun dilaksanakan oleh pihak Universiti untuk memperkukuhkan keselamatan kampus kami bagi seramai 39,000 pelajar dan 12,000 kakitangan.

"Ia akan dipantau oleh pihak Provos," menurut Profesor Tan Eng Chye.

Sebahagian daripada pelan itu adalah rangka kerja denda baru bagi para pesalah yang terlibat dalam kes-kes salah laku seksual, yang berkuat kuasa mulai hari ini (13 Jun).

Langkah-langkah termasuk penggantungan minimum selama setahun, dibuang sekolah serta merta, pesalah juga akan mempunyai rekod kesalahan tatalaku dalam transkrip mereka.

Kini juga ada protokol yang memastikan pesalah dan mangsanya tidak bertemu satu sama lain.

Langkah-langkah keselamatan tersebut seperti kunci bilik air, lebih banyak kamera CCTV, lebih ramai pegawai keselamatan di hostel, rondaan keselamatan mulai Jun, serta latihan responder bagi kakitangan dan pelajar.

Selain itu, "pihak Universiti akan melaksanakan denda lebih serius berhubung salah laku seksual", "disamping memberi lebih banyak sokongan kepada para pelajar.

Semua itu adalah peningkatan terhadap proses disiplin, yang akan berkuatkuasa mulai 1 Jul.

Ini "termasuk ruang bagi para mangsa memohon untuk semakan semula oleh Lembaga Disiplin (BOD) dan/atau keputusan Lembaga Rayuan Disiplin dalam keadaan luar biasa, seperti apabila bukti baru didedahkan", menurutnya.

Kandungan BOD juga akan disemak semula untuk memastikan keseimbangan jantina yang mencukupi.

Prof Tan menekankan bahawa bagi kes-kes dahulu, pihak universiti "berusaha memastikan bahawa para mangsa mendapat sokongan yang diperlukan, sehingga pertolongan tidak lagi diperlukan, dan membuat perancangan tertentu bagi menyokong proses pemulihan".

Awal bulan ini, jawatankuasa semakan menyarankan bahawa kes-kes masa lalu, di mana BDO sudah menjatuhkan hukuman dan denda-denda yang dikenakan, tidak boleh dibuka semula.

Dalam suratnya, presiden universiti itu menekankan bahawa denda-denda NUS dan rangka kerja disiplin adalah "berasingan daripada, dan tambahan kepada, sebarang prosiding jenayah yang dilaksanakan oleh undang-undang penguatkuasaan yang diterajui pihak polis".

Menyusuli sokongan jawatankuasa semakan bagi penubuhan unit penjagaan mangsa, Prof Tan mengumumkan bahawa unit tersebut akan dilancarkan pada akhir Ogos ini.

Prof Tan juga mengesahkan bahawa modul mengenai Hormat dan Budaya Keizinan akan dilancarkan pada Ogos, serta lelaman yang mengandungi maklumat dan sumber-sumber bagi para mangsa kes salah laku seksual. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan