Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS terima sumbangan korporat terbesar bagi kajian AI, sains maklumat

Universiti Nasional Singapura (NUS) menerima sumbangan korporat terbesarnya sejauh ini dari syarikat Sea Limited.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Mar 2021 08:30PM Dikemas Kini : 29 Mar 2021 08:58PM

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) menerima sumbangan korporat terbesarnya sejauh ini dari syarikat Sea Limited.

Pemilik platform e-dagang Shopee itu mendermakan S$50 juta kepada Sekolah Pengkomputeran NUS.

Sumbangan itu akan membantu kajian dalam bidang kecerdasan buatan (AI), sains maklumat serta pendanaan biasiswa.

Ia akan turut digunakan bagi projek-projek keusahawanan pelajar dan program-program pendekatan.

Berucap di upacara pemeteraian itu hari ini (29 Mac), Menteri Pendidikan Lawrence Wong menekankan kerjasama di antara industri dan institusi pendidikan adalah penting untuk kemajuan teknologi sedang pandemik mempercepatkan peralihan kepada dunia digital. 

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan