Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS tawar 3 program baru sains sarjana muda pada Ogos

Universiti Nasional Singapura (NUS) bakal menawarkan tiga program baru sains sarjana muda pada Ogos ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Feb 2018 09:02PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 12:58AM

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) bakal menawarkan tiga program baru sains sarjana muda pada Ogos ini.

Ia sebahagian daripada satu siri inisiatif bagi menawarkan pelbagai laluan dan lebih sokongan kepada para pelajar.

Ini termasuk Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Farmaseutikal yang kian meningkat permintaannya dalam industri serta program sarjana muda yang dijalankan bersama Universiti Dundee dengan penekanan terhadap sains hidup dan bioperubatan.

Terdapat juga sebuah program ijazah sarjana muda yang menggabungkan ijazah sains hidup NUS dengan program doktor perubatan veterinar dari Universiti Melbourne yang boleh diselesaikan pelajar dalam masa lima tahun setengah.

Juga mulai Ogos, para pemohon yang menyenaraikan program-program tersebut sebagai pilihan pertama akan diberikan keutamaan.

Mereka juga akan diberi mata tambahan semasa proses kemasukan jika mereka membuat permohonan bagi sebuah program yang tidak memerlukan temuramah.

NUS juga akan menawarkan tambahan 200 biasiswa tanpa ikatan bon kepada para mahasiswa - membawa jumlah keseluruhannya kepada 430 setiap tahun. 

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan