Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS rintis projek terapi digital bantu warga tua penuhi keperluan kognitif

Pasukan NUS membangunkan sofwe untuk golongan tua berisiko melatih keupayaan tahap kognitif mereka secara digital.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu projek dirintiskan Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Selasa (26 Jan) dalam membangunkan platform terapi digital bagi warga tua yang berisiko.

Projek itu bertujuan untuk membolehkan golongan berkenaan menyertai pelbagai latihan yang dapat memenuhi keperluan kognitif mereka.

Menurut statistik Institut Kesihatan Mental (IMH), satu daripada setiap 10 warga tua di sini menghidapi demensia.

Jumlah kes demensia juga dijangka akan melebihi 100,000 menjelang tahun 2030.

Lantaran itu, Institut Perubatan bagi Perubatan Digital NUS merintiskan satu usaha untuk melibatkan golongan warga tua berisiko pada peringkat awal bagi memenuhi keperluan mereka serta profil para penduduk Singapura yang semakin menua.

Pasukan NUS itu membangunkan sofwe untuk golongan tua berisiko melatih keupayaan tahap kognitif mereka secara digital.

Golongan tersebut akan dilatih untuk menggunakan peranti digital secara kendiri tanpa perlu kakitangan jagaan kesihatan hadir secara fizikal.

Prestasi mereka kemudian akan dipantau dari masa ke masa dalam platform itu oleh pasukan berkenaan supaya dapat menyediakan langkah wajar seterusnya.

"Kami mahu membantu mereka meneruskan gaya hidup aktif dan menggunakan sistem masyarakat mereka dan bagi mereka yang mungkin mempunyai penyakit Alzheimers misalnya.

"ini boleh menolong mereka mencegah juga isu-isu tiada kegunaan, kurang penggunaan sistem kognitif mereka," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia merangkap Pertahanan Zaqy Mohamad yang hadir di acara pelaksanaan projek itu di Pusat Kegiatan Warga Tua Sunlove Marsiling.

Pusat itu akan bekerjasama dengan NUS untuk meluaskan daya usaha berkenaan bagi memanfaatkan 500 penduduk.

Selain terlibat dalam kegiatan masyarakat dan mengamalkan gaya hidup penuaan aktif, ada dalam kalangan mereka memerlukan rawatan khusus bagi cabaran berkaitan lanjut usia.

"Minda kita bergerak. Tidak ada macam berhentilah. Jadi macam saya, tenang saja lagi saya macam tidak bosan. Jadi saya suka sangat," kata seorang peserta pusat itu, Cik Patanah Ariffin.

NUS menambah kajian akan dijalankan ke atas platform itu pada Mac nanti untuk menilai keberkesanannya sebelum diperluaskan kepada lebih ramai warga tua.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan