Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS reka jenis tingkap yang mampu kurangkan bunyi bising

Para penduduk akan dapat menikmati pilihan produk lebih mesra alam bagi membantu mengurangkan bunyi bising di dalam flat mereka. 

Anggaran Waktu Membaca:
NUS reka jenis tingkap yang mampu kurangkan bunyi bising

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 20 Feb 2021 10:36PM Dikemas Kini : 20 Feb 2021 10:39PM

SINGAPURA: Para penduduk akan dapat menikmati pilihan produk lebih mesra alam bagi membantu mengurangkan bunyi bising di dalam flat mereka.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) telah mereka sejenis tingkap yang mampu mengurangkan bunyi bising.

Rekaan itu juga menawarkan pengaliran udara empat kali ganda lebih baik berbanding tingkap biasa.

Tingkap itu merangkumi dua lapisan kaca tingkap, dengan bahan peredam suara dipasang antara kedua-dua lapisan tersebut.

Selain mengurangkan bunyi bising, tingkap itu juga menyediakan pengaliran udara yang empat kali ganda lebih baik berbanding tingkap biasa.

Ini bermakna ia boleh digunakan dalam sebuah bilik tertutup tanpa mengaktifkan alat penghawa dingin, sekali gus mengurangkan tenaga.

Tingkap itu bagaimanapun tidak menggantikan tingkap-tingkap biasa memandangkan ia tidak boleh dibuka sepenuhnya.

Malah tingkap-tingkap lain harus ditutup untuk memastikan tingkap tersebut berkesan untuk mengurangkan bunyi bising.

Bagaimanapun, dari segi reka bentuk, ia juga boleh disesuaikan kepada keperluan pengguna.

Reka bentuknya akan terus diperhalusi supaya ia sesuai dipasang pada bangunan-bangunan komersil dan kediaman.

Lebih 11,000 aduan berhubung bunyi bising akibat kegiatan harian dibuat pada tahun lalu - iaitu dua kali ganda lebih tinggi berbanding 2019.

Kenaikan pada jumlah aduan itu disebabkan oleh lebih ramai orang yang berada di rumah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19. 

Sumber : CNA/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan