Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS, NTU dinamakan sebagai universiti pertama dan kedua terbaik di Asia

Dua universiti tempatan dinamakan sebagai universiti terbaik di Asia dalam edisi Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Nov 2019 05:12PM Dikemas Kini : 27 Nov 2019 09:15PM

SINGAPURA: Dua universiti tempatan dinamakan sebagai universiti terbaik di Asia dalam edisi Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds 2020.

Universiti-universiti dinilai dalam bidang-bidang seperti kajian, pengajaran dan pensejagatan.

Universiti Nasional Singapura (NUS) mengekalkan kedudukan teratas buat tiga tahun berturut-turut. NUS mendapat markah penuh bagi reputasi akademik dan majikan serta kesan penyelidikan.

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pula naik ke tempat kedua mendahului Universiti Hong Kong. NTU dinamakan universiti terbaik Asia dalam bidang kajian selepas mendapat markah penuh.

Sementara itu, Universiti Pengurusan Singapura (SMU) naik dua anak tangga untuk meraih kedudukan ke-76.

Universiti Asia yang lain seperti universiti-universiti terbaik dari Hong Kong merosot pada tahun ini.

Universiti terbaik China juga merosot kecuali Universiti Zhejiang yang naik enam anak tangga ke kedudukan ke-13.

Universiti dari Korea dan Jepun turut merosot dalam ranking berkenaan.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan