Images
  • nus (1)
    Gambar fail Universiti Nasional Singapura (NUS). (Gambar: Alif Amsyar)

NUS jatuh 2 tangga, NTU naik 3 tangga dalam senarai terbaru Universiti Dunia

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) jatuh dua anak tangga manakala Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pula naik tiga tangga dalam senarai terbaru Universiti Dunia yang diterbitkan oleh Times Higher Education.

NUS kini menduduki tempat ke-25 dalam senarai global itu.

Universiti Asia terus disandang oleh Universiti Tsinghua dari China buat dua tahun berturut-turut.

Manakala NTU pula menduduki tempat ke-48 dan menyaksikan peningkatan pemarkahan dalam pengajaran dan kajian.

Sebanyak 1,400 universiti dari 92 negara dinilai dalam senarai tahun ini.

Menurut senarai terbaru itu, lima universiti terbaik di dunia ialah Oxford, California Institute of Technology (Caltech), Cambridge, Stanford, dan Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Penilaian dilakukan berdasarkan 13 tanda prestasi yang dibahagikan kepada lima bidang: pengajaran; kajian, petikan; pandangan antarabangsa dan pendapatan industri.

- CNA/SY/na

Top