Images

NUS cipta teknologi baru pastikan ketulenan vaksin

SINGAPURA: Sekumpulan penyelidik di Universiti Nasional Singapura (NUS) mencipta teknologi baru yang boleh memastikan ketulenan vaksin COVID-19 atau barangan lain.

Menurut mereka pengesahan itu dapat dilakukan dengan cepat dan tepat, termasuk vaksin yang disimpan dalam keadaan ekstrem.

Teknologi DeepKey itu menggunakan teg yang bertindak seperti cap jari unik untuk sesuatu produk.

Ia mempunyai corak yang dihasilkan secara rawak, menjadikannya hampir mustahil untuk diklon.

NUS menyatakan teg itu tahan lama dan murah untuk dihasilkan.

Sejenis sofwe Kecerdasan Buatan (AI) digunakan untuk mengelas dan mengesahkan teg yang berkenaan.

Seluruh proses itu mengambil masa kurang tiga setengah minit.

NUS menyatakan teknologi itu sudah siap untuk dipasarkan.

- CNA/MU/ru

Top