Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NUS adakan dialog awam tentang salah laku seksual

Universiti Nasional Singapura (NUS) akan mengadakan dialog awam pada Khamis ini mengenai salah laku seksual.

Anggaran Waktu Membaca:
NUS adakan dialog awam tentang salah laku seksual

Dewan Eusoff di Universiti Nasional Singapura (NUS). (Gambar fail: Darius Boey)

Diterbitkan : 22 Apr 2019 08:48PM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 08:53PM

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) akan mengadakan dialog awam pada Khamis ini mengenai salah laku seksual.

Dalam kiriman emel hari ini, dekan mahasiswa, Peter Pang mengundang para mahasiswa, anggota fakulti dan kakitangan NUS supaya menghadiri sesi tersebut.

Ia bertujuan mengumpul maklum balas dan mendengar keprihatinan mengenai salah laku seksual yang berlaku di kampus.

Selain itu, ia akan membincangkan bagaimana NUS boleh memperkukuhkan lagi rangka kerja tindakan disiplin dan sokongannya.

Mesyuarat itu dianjurkan selepas seorang mahasiswa, Monica Baey, mendedahkan tentang perbuatan seorang mahasiswa merakamnya mandi di bilik air asrama dengan menggunakan telefon bimbit pada November lalu.

NUS menyatakan, ia akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji semula rangka kerja tindakan disiplin dan sokongan yang sedia ada.

Jawatankuasa eksekutif Kesatuan Mahasiswa NUS juga menyatakan, ia sedang menimbangkan sama ada untuk mengenakan hukuman berat bagi kes gangguan seksual di kampus.

Menurut Profesor Madya Pang, NUS juga akan berkongsi hasil siasatan, prosedur disiplin dan rangka kerja sekatan bagi salah laku seksual semasa sesi tersebut. 

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan