Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC usul kebajikan, sokongan lebih padu bagi pekerja penghantaran, pemandu kereta sewa

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menyeru agar undang-undang diperkenalkan untuk menyokong para pekerja penghantaran makanan dan pemandu kereta sewa privet supaya dapat merundingkan syarat-syarat yang melindungi kebajikan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Aug 2021 08:56PM Dikemas Kini : 07 Aug 2021 10:58PM

SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menyeru agar undang-undang diperkenalkan untuk menyokong para pekerja penghantaran makanan dan pemandu kereta sewa privet supaya dapat merundingkan syarat-syarat yang melindungi kebajikan mereka.

Gerakan buruh itu juga mahu melihat para pekerja sedemikian serta mereka yang bekerja sendiri, dapat membuat tuntutan insurans jika cedera ketika bertugas.

Pekerja sedemikian kini diwakili persatuan-persatuan.

Namun menurut NTUC, persatuan-persatuan tidak dapat mewakili kepentingan mereka seperti mana dilakukan kesatuan-kesatuan sekerja.

Siang tadi (7 Ogos), para sukarelawan dan penasihat akar umbi bagi kawasan GRC Holland-Bukit Timah Sim Ann, mengagihkan sekitar 700 pek keceriaan kepada para penghantar makanan serta pemandu teksi dan kereta sewa privet.

Pek-pek itu mengandungi beras, pelitup, cecair pembasmi kuman dan minuman.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan