NTUC tokok $4 juta kepada dana latihan untuk golongan bekerja sendiri
NTUC menokok sehingga S$4 juta untuk terus membantu para pekerja yang bekerja sendiri menerima elaun ketika menjalani latihan.
SINGAPURA: NTUC menokok sehingga S$4 juta untuk terus membantu para pekerja yang bekerja sendiri menerima elaun ketika menjalani latihan.
Jumlah itu adalah tambahan kepada elaun latihan S$36 juta yang diumumkan pemerintah pada 3 Mac lalu.
SkillsFuture kini menawarkan lebih 4,000 kursus dan lebih banyak kursus yang lebih khusus akan diperkenalkan secara bertahap-tahap.
Elaun latihan sejumlah S$40 juta itu akan bertahan selama tiga bulan.
Dengan tambahan S$4 juta, mereka yang bekerja sendiri boleh mendapat elaun sehingga $8.50 sejam ketika menjalani latihan.
Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng berkata, seseorang yang bekerja sendiri akan menerima elaun latihan lebih S$300 jika mengikuti kursus lima hari.
NTUC berharap ia akan menggalakkan lebih ramai golongan tersebut menjalani latihan ataupun menimbangkan bekerja sambilan dalam sektor-sektor yang ada permintaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.