Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC teroka Model Gaji Progresif berasaskan kejuruan

Para pekerja dalam kejuruan tertentu di pelbagai sektor seperti pemandu logistik dan kerani, mungkin dapat menikmati gaji lebih tinggi apabila mereka menimba kemahiran baru.

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC teroka Model Gaji Progresif berasaskan kejuruan

Seorang pekerja pembersihan di sebuah pusat penjaja (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 18 Feb 2021 10:03PM Dikemas Kini : 18 Feb 2021 10:05PM

SINGAPURA: Para pekerja dalam kejuruan tertentu di pelbagai sektor seperti pemandu logistik dan kerani, mungkin dapat menikmati gaji lebih tinggi apabila mereka menimba kemahiran baru.

Ia merupakan salah satu daripada keutamaan pergerakan buruh NTUC bagi tahun akan datang.

Ia juga sedang dalam rundingan untuk meluaskan lagi Model Gaji Progresif (PWM) kepada tiga lagi sektor, termasuk mereka yang bukan pekerja bergaji rendah.

Mereka yang bekerja dalam pekerjaan bergaji rendah dari pelbagai sektor mungkin dapat menjangkakan gaji lebih tinggi dan perlindungan lebih baik dalam masa terdekat ini.

NTUC sedang meneroka PWM jenis kejuruan, bagi kumpulan itu.

Satu lagi bahagian utama pelan NTUC bagi tahun hadapan adalah untuk mempercepatkan pelaksanaan model itu dalam sektor-sektor seperti pengurusan sisa.

"Cara kita lakukannya adalah kita ingin terus mendamping para majikan, dengan pemerintah supaya setiap daripada satu keprihatinan, kami dapat mencapai kedudukan bertolak ansur supaya kami dapat meraih PWM yang mampan.

"Bukan sahaja demi kebaikan pekerja tetapi juga bagi memastikan syarikat dan perniagaan dapat terus maju ke hadapan," kata Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng.

Perbincangan sedang dijalankan untuk meluaskan PWM kepada tiga sektor baru seperti teknologi suria dan pengurusan serangga.

Ia juga dijangka meliputi pengurusan strata, yang melibatkan operasi harian sebuah hartanah.

Sekiranya dapat dimajukan, model itu dijangka memanfaatkan mereka yang berpendapatan tinggi juga.

"Kami berpendapat kita dapat meluaskan PWM menjangkau pekerja berpendapatan rendah. Di mana pada saat pengenalan pekerja ke industri baru, pelan perkembangan kerjaya dilakarkan yang sepadan dengan kemahiran yang akan membawa para pekerja ke peringkat gaji yang seterusnya," kata Encik Ng.

Menurutnya lagi NTUC akan terus memberi tumpuan kepada golongan pekerja mudah terjejas yang lain seperti pekerja lebih berumur dan individu yang bekerja sendiri.

Beliau berkongsi bahawa gerakan buruh merancang untuk mendorong supaya undang-undang dipinda supaya lebih daripada 20,000 individu bekerja sendiri dapat diwakili.

Sumber : CNA/SY/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan