Images
  • NTUC

NTUC tegaskan pentingnya pekerja jalani latihan semula, dek pelbagai perubahan pesat

SINGAPURA: Pergerakan Buruh NTUC menegaskan lagi pentingnya pekerja Singapura untuk terus meningkatkan kemahiran serta menjalani latihan semula di tengah-tengah perubahan struktur yang pesat disebabkan perubahan digital, automasi serta kecerdasan buatan.

Menulis di laman Facebooknya Penolong Setiausaha Agung NTUC, Patrick Tay, menarik perhatian bahawa pemberhentian pekerja semakin berkurangan dalam tahun 2017 berbanding 2016.

Menurutnya ia satu "trend peningkatan yang amat positif," sambil mengingatkan bahawa pertumbuhan baik sedemikian tidak semestinya dapat dikekalkan tahun ini.

Beliau menambah bahawa kadar pengangguran golongan Karyawan, Pengurus dan Eksekutif masih membimbangkan terutamanya di kalangan golongan pekerja lebih berusia. 

- CNA/MM/sm

Top