Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC tegaskan komitmen perjuangkan kepentingan pekerja tempatan

Pergerakan buruh NTUC menegaskan lagi komitmennya untuk memperjuangkan kepentingan para pekerja rakyat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2018 06:17PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 09:02PM

SINGAPURA: Pergerakan buruh NTUC menegaskan lagi komitmennya untuk memperjuangkan kepentingan para pekerja rakyat Singapura.

Janji itu dibuat sedang pelbagai sektor ekonomi tempatan tidak menunjukkan kelakonan yang konsisten walaupun prestasi ekonomi secara keseluruhannya tahun lalu bertambah baik.

Setiausaha Agung NTUC Chan Chun Sing berkata demikian dalam Amanat Hari Buruh beliau.

Encik Chan memberi tumpuan kepada perikatan-perikatan yang dibentuk dalam segmen-segmen berbeza seperti kesatuan sekerja dan U Associates dalam sektor minyak, petrokimia, daya tenaga dan kimia serta juga jagaan kesihatan.

U Associates merupakan satu inisiatif untuk menyokong golongan karyawan, pengurus dan eksekutif dengan membantu pekerja mendapatkan akses kepada kemahiran industri.

Kerjasama itu, kata Encik Chan, akan membantu para pekerja meraih manfaat daripada perubahan yang dijalani Singapura.

Encik Chan juga menyentuh tentang penubuhan sebuah majlis latihan untuk menyelia pembangunan dan cara kursus-kursus yang relevan diajar.

Menurut beliau, ia adalah sebahagian daripada usaha NTUC untuk mempersiapkan para pekerja bagi masa depan.

"Keutamaan gerakan buruh adalah untuk memastikan para pekerja dapat tingkatkan kemahiran mereka dan terus maju. Mereka perlu persiapkan diri dan bersedia,bukan hanya buat pekerjaan hari ini tetapi buat pekerjaan hari esok juga.

"Saya tahu ada pekerja yang mungkin risau tentang kos latihan dan rasa mereka tidak ada masa. Oleh itu gerakan buruh akan berusaha untuk menambah modul-modul peningkatan kemahiran yang mudah diakses, relevan dan tidak akan memakan masa yang lama," kata Setiausaha Agung NTUC Chan Chun Sing.  

Sumber : CNA/NF/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan