Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC mahu bantu pekerja dalam sektor berisiko persiap diri tempuhi ekonomi masa depan

NTUC mengumumkan pelan barunya, bagi membantu pekerja yang menjalankan tugas berisiko, mempersiapkan diri untuk menempuhi ekonomi masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jan 2018 08:24PM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 12:39AM

SINGAPURA: NTUC mengumumkan pelan barunya, bagi membantu pekerja yang menjalankan tugas berisiko, mempersiapkan diri untuk menempuhi ekonomi masa depan.

Jabatan Pekerjaan masa depan, kemahiran dan latihan akan mengenal pasti pekerja yang menjalankan tugas berisiko, untuk meningkatkan kemahiran dan menempatkan mereka dalam perkerjaan dengan banyak permintaan.

Pada tahun ini, NTUC melihat secara mendalam untuk mengenal pasti pekerjaan tertentu yang paling berisiko dalam enam sektor iaitu - Khidmat Kewangan, Infokom & Teknologi, Penjagaan Kesihatan, Perkilangan, Kejuruteraan dan Dagangan Borong.

Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Patrick Tay, berkata walaupun jumlah pembuangan tenaga kerja lebih rendah tahun lalu, perangkaan mereka yang tidak berkerja kekal pada 3.1 peratus dan cabaran struktur turut kekal.

"Terdapat keperluan untuk melihat lebih daripada kehilangan dan mendapatkan pekerjaan, tetapi para majikan turut perlu melihat secara aktif dan proaktif terhadap di mana tempat yang berisiko itu, agar dapat bersiap dengan lebih baik. Maka dengan itu ia merupakan satu bidang yang kami harap gerakan buruh dapat memberi sumbangan," kata Encik Tay.

Beberapa syarikat sudahpun mengambil saranan NTUC bagi menggalakkan pekerja mengambil latihan bermodul secara singkat semasa mereka masih dalam pekerjaan, bagi meningkatkan kemahiran dan kekal relavan.

Encik Tay memberitahu pihak Mediacorp lebih banyak pengumuman akan dibuat berhubung apa yang diharapkan Gerakan Buruh bagi Belanjawan Negara.

Sumber : CNA/UR/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan