Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC FairPrice rombak wadah beli-belah online; galak pelanggan derma barangan dapur

Rangkaian pasar raya NTUC FairPrice hari ini (28 Mac) secara rasmi melancarkan wadah e-niaga yang sudah berwajah baru dan diberi nama - FairPrice On.

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC FairPrice rombak wadah beli-belah online; galak pelanggan derma barangan dapur

AutoStore berupaya menerima sehingga 3,000 tempahan sehari. (Gambar: NTUC FairPrice)

Diterbitkan : 28 Mar 2018 06:45PM Dikemas Kini : 28 Mar 2018 06:48PM

SINGAPURA: Rangkaian pasar raya NTUC FairPrice hari ini (28 Mac) secara rasmi melancarkan wadah e-niaga yang sudah berwajah baru dan diberi nama - FairPrice On.

Proses membuat tempahan juga akan lebih cekap dengan adanya sistem baru penyimpanan dan pengambilan produk secara automatik, menurut NTUC dalam kenyataan medianya.

Aplikasi baru FairPrice On dan lamannya sudah disejajarkan untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan pantas buat para pelanggan dan ia akan memanfaatkan analisis data untuk mengeluarkan promosi-promosi dengan cara lebih tertumpu berdasarkan profil,minat dan tabiat pelanggan, menurut NTUC.

Buat masa ini, NTUC menawarkan lebih 13,000 produk dan mempunyai lebih 400,000 pelanggan, tambahnya.

Yuran penghantaran juga dikenakan kecuali jika harga keseluruhan barangan yang dibeli mencecah jumlah minimum atau mereka mendaftar bagi SCORE, iaitu program langganan yang dilancarkan NTUC dan Grab pada minggu lalu.

Robot juga akan membantu mengambil tempahan di AutoStore, iaitu sistem penyimpanan dan pengambilan yang ditempatkan di Hab FairPrice di Joo Koon.

Menurut FairPrice, AutoStore berupaya menerima sehingga 3,000 tempahan setiap hari dan empat kali lebih pantas berbanding cara lama mengambil produk.

"Sistem itu seperti mesin layan diri yang besar yang boleh menyimpan dan mengambil ribuan produk secara automatik," kata CEO NTUC, Seah Kian Peng.

"Kami boleh mengambil sehingga 220 produk dalam tempoh sejam, berbanding sekitar 50 produk menerusi cara konvensional."

SUMBANG KEMBALI KEPADA MASYARAKAT

FairPrice On juga menawarkan pilihan untuk menderma kepada mereka yang kurang bernasib baik. Menerusi kerjasama dengan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), para pelanggan FairPrice On boleh memilih untuk menderma kepada salah satu daripada 55 Pertubuhan Khidmat Sosial, seperti Pusat Keluarga Thye Hua Kwan dan Food from the Heart.

Para pelanggan kemudian boleh menderma barangan dapur yang diperlukan secara langsung kepada para penerimanya.

Tiada yuran penghantaran dikenakan bagi barangan dapur yang didermakan, menurut FairPrice.

Pelancarannya dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Ekonomi dan Dasar Sosial, Tharman Shanmugaratnam.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan