NTUC Fairprice lancar Pesta Vietnam; permintaan bagi produknya naik lebih 75% sejak 2010
Pesta Vietnam selama dua minggu dilancarkan hari ini (13 Nov) oleh NTUC FairPrice.
SINGAPURA: Pesta Vietnam selama dua minggu dilancarkan hari ini (13 Nov) oleh NTUC FairPrice.
Ini adalah sempena sambutan hubungan diplomatik yang terjalin selama 45 tahun dan kerjasama strategik selama lima tahun antara Singapura dan Vietnam.
Pesta itu dihadiri Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong dan juga para menteri kanan Vietnam.
Pesta itu yang akan diadakan di semua cawangan FairPrice dan online akan menampilkan lebih 40 produk popular dari Vietnam, yang dijual dengan diskaun sebanyak 45 peratus.
Menurut FairPrice, permintaan bagi produk-produk Vietnam naik lebih 75 peratus dari 2010 hingga 2017.
Ini termasuk beras Vietnam, yang pada masa ini membentuk hampir suku daripada semua jenis beras yang dijual FairPrice.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.