Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC Fairprice, Grab tawar diskaun, rebat melalui program langganan baru

Rangkaian pasar raya NTUC Fairprice dan syarikat kereta sewa Grab memperkenalkan program yang menawarkan rebat dan diskaun bagi para pelanggan yang melanggani program tersebut dan membayar yuran tahunan.

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC Fairprice, Grab tawar diskaun, rebat melalui program langganan baru

Ketua Pegawai Eksekutif Grab Anthony Tan, Setiausaha Agung NTUC Chan Chun Sing dan Ketua Pegawai Eksekutif Seah Kian Peng di acara perasmian program langganan SCORE. (Gambar: NTUC Fairprice dan Grab)

Diterbitkan : 19 Mar 2018 04:30PM Dikemas Kini : 19 Mar 2018 04:34PM

SINGAPURA: Rangkaian pasar raya NTUC Fairprice dan syarikat kereta sewa Grab memperkenalkan program yang menawarkan rebat dan diskaun bagi para pelanggan yang melanggani program tersebut dan membayar yuran tahunan.

Dalam kenyataan medianya hari ini (19 Mac), dua syarikat itu menyatakan bahawa Program Langganan SCORE menawarkan pelbagai manfaat termasuk rebat sebanyak 5 peratus bagi perbelanjaan melebihi S$100 dalam satu resit di NTUC Fairprice dan cawangan-cawangan Unity.

Para pelanggan yang melanggani program itu juga akan dapat menikmati khidmat penghantaran Fairprice secara percuma sebanyak satu kali sebulan, 1,000 LinkPoints dan akses ke Warehouse Club, iaitu sebuah pasaraya borong yang terletak di Joo Koon.

Para pelanggan Grab pula boleh mendapatkan diskaun dan akan diundang ke acara-acara syarikat itu. Misalnya, mereka yang melanggani program itu akan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus sepanjang bulan selepas mendapatkan khidmatnya sebanyak empat kali. Diskaun akan dihadkan kepada S$4 bagi setiap tempahan dan ia akan diberikan sehingga 30 kali setiap bulan.

Pelanggan perlu membayar yuran S$29.99 bagi langganan pada tahun pertama dan S$49.99 bagi tahun selanjutnya. Mereka yang berdaftar sebelum 18 Mei hanya akan perlu membayar S$18 bagi tahun pertama. Pendaftaran secara online akan dibuka bermula hari ini di laman rasmi mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif NTUC Fairprice Seah Kian Peng berkata program tersebut memberi manfaat kepada para pelanggan yang mempunyai keperluan untuk membeli barangan runcit selain mendapatkan khidmat pengangkutan.

"SCORE akan dipertingkat secara progresif. Kami akan bekerjasama dengan pemimpin industri lain untuk menawarkan khidmat secara komprehensif yang sesuai dengan gaya hidup para pelanggan," tambah beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Grab dan pengasas bersama Anthony Tan berkata: "Fairprice dan Grab ditubuhkan untuk memberi kesan sosial yang mampan, dan SCORE merupakan antara idea utama kedua-dua syarikat ini, di mana Fairprice, Grab dan para pelanggan mereka akan meraih manfaat."

Program langganan itu diperkenalkan selepas tinjauan dijalankan ke atas lebih 1,000 pelanggan berusia antara 20 hingga 40 tahun. Tinjauan itu mendapati barangan runcit dan pengangkutan adalah dua sektor perkhidmatan di mana pelanggan ingin mendapatkan manfaat tambahan.

Fairprice dan Grab menyatakan kedua-dua pihak sedang berunding untuk mempelawa lebih banyak syarikat menyertai SCORE.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan