Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC Fairprice derma S$1.2 juta kepada keluarga berpendapatan rendah

Rangkaian pasar raya NTUC Fairprice mendermakan $1.2 juta dalam bentuk baucar kepada golongan yang memerlukan sempena ulang tahunnya yang ke-45.

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC Fairprice derma S$1.2 juta kepada keluarga berpendapatan rendah

Baucar bernilai S$1.2 juta didermakan sempena ulang tahun NTUC Fairprice yang ke-45. (Gambar: NTUC Fairprice/Facebook)

Diterbitkan : 06 Aug 2018 10:52PM Dikemas Kini : 06 Aug 2018 11:01PM

SINGAPURA: Rangkaian pasar raya NTUC Fairprice mendermakan $1.2 juta dalam bentuk baucar kepada golongan yang memerlukan sempena ulang tahunnya yang ke-45.

Ini menjadikan jumlah nilai skim baucar makanan NTUC FairPrice kepada sekitar $17 juta.

Skim Baucar Makanan Fairprice itu bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup bagi para keluarga yang berpendapatan rendah.

Skim tersebut sudahpun memberi manfaat kepada 20,000 keluarga dan individu sejak ia dilancarkan pada 2002.

Bagi meraikan ulang tahunnya, pihak pengurusan kanan dan kakitangan NTUC FairPrice dan Persatuan Rakyat menyediakan sarapan untuk para penerima dan mengagih-agihkan beg-beg habuan yang mengandungi barang-barang keperluan rumah.

Acara itu turut dihadiri Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng dan Ketua Pengarah Eksekutif Persatuan Rakyat, Desmond Tan.

Sumber : CNA/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan