Images
  • metal

NTU tubuhkan makmal e-sisa pertama di dunia

SINGAPURA: Makmal pertama di dunia yang memberi tumpuan terhadap usaha menangani sisa elektrik atau elektronik - juga dikenali sebagai 'e-sisa' ditubuhkan di Universiti Teknologi Nanyang.

Dilancarkan hari ini (13 Mac), ia dijangka memainkan peranan penting dalam strategi pemerintah, menukar sampah kepada sumber.

Singapura mengumpul sekitar 60,000 tan sisa elektrik dan elektronik setiap tahun
iaitu seberat 220 pesawat penumpang terbesar dunia, Airbus A380.

Namun hanya 6 peratus dikitar semula.

Makmal baru bernilai S$20 juta ini ditubuhkan untuk membangun huraian bagi mengitar semula dan memulihkan sumber dari e-sisa.

Makmal itu meneroka cara untuk menghapuskan toksin dalam e-sisa plastik dan mengitarnya semula.

Ia juga sedang berusaha untuk mengambil bahan dan besi berharga dari elektronik seperti panel solar dan bateri.

Huraian seperti itu dianggarkan dua hingga tiga kali lebih cekap tenaga berbanding pembakaran.

Di bawah inisiatif pemerintah "Closing the Waste Loop", S$12.5 juta diperuntukkan kepada makmal itu, sekali gus menjadikannya penerima dana pertama dan terbesar setakat ini.

Makmal tersebut adalah kerjasama antara NTU dengan Suruhanjaya Tenaga Atom dan Tenaga Alternatif Perancis.

Setakat ini, dua syarikat melahirkan minat untuk membangunkan dengan lebih lanjut huraian ini yang dijangka siap dalam sekitar tiga tahun.  

- CNA/NU/na

Top