Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU perkukuh hubungan dengan India

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) memeterai perjanjian dengan beberapa universiti utama termasuk institusi-institusi pengajian tinggi dan para pemain industri di India hari ini (1 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
NTU perkukuh hubungan dengan India
Diterbitkan : 01 Jun 2018 08:15PM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 08:23PM

SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) memeterai perjanjian dengan beberapa universiti utama termasuk institusi-institusi pengajian tinggi dan para pemain industri di India hari ini (1 Jun), dalam usahanya untuk 'mengembangkan inovasi digital', menurut NTU dalam kenyataan medianya.

Dalam lawatan sulungnya ke universiti tersebut, Perdana Menteri India Narendra Modi dan Menteri Pendidikan Ong Ye Kung menyaksikan pemeteraian enam perjanjian dan pernyataan hasrat yang akan membolehkan NTU untuk mengukuhkan kerjasama akademik dan industri di India.

Perjanjian-perjanjian itu termasuk hadiah bernilai S$2 juta daripada Encik Kris Gopalakrishnan, pengerusi Axilor Ventures, untuk menubuhkan Biasiswa Lepasan Ijazah Kedoktoran Presiden Gopalakrishnan-NTU yang bertujuan untuk membolehkan 'sebilangan saintis muda terbaik di dunia untuk membina kerjaya dalam bidang penyelidikan di NTU," dedah NTU dalam kenyataan media itu.

NTU juga akan menawarkan program PhD bersama dengan Institut Teknologi India Madras dan Institut Teknologi India Bombay dalam bidang-bidang seperti sains, kejuruteraan dan pengurusan.

Selain itu, NTU yang memiliki tujuh satelit yang mengelilingi bumi sejak 2011, akan bekerjasama dengan Institut Sains dan Teknologi Angkasa Lepas dalam bidang-bidang termasuk projek satelit bersama, menurut kenyataan media itu.

Kedua-dua pihak juga berminat untuk membangunkan program pertukaran yang berterusan dalam penyelidikan angkasa lepas.

Dalam lawatannya itu, PM Modi juga menanam pokok Neem. Ini melambangkan 'hubungan dua hala yang kukuh serta cetusan idea dan kerjasama baru' antara India dengan Singapura.

Beliau juga diperkenalkan kepada kajian terbaru NTU, termasuk robot Nadine dan Edgar serta cetakan kereta mesra alam 3D yang pertama di Singapura.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan