Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU diberi geran bangun loji janakuasa maya pertama S'pura

 Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sudah diberi satu geran untuk membangun loji janakuasa maya pertama Singapura, (VPP), yang dijangka siap pada penghujung 2021

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2019 08:08PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 10:32PM

SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sudah diberi satu geran untuk membangun loji janakuasa maya pertama Singapura, (VPP), yang dijangka siap pada penghujung 2021.

Dengan VPP, kuasa elektrik tidak akan lagi dijana dari sumber pusat.
VPP adalah wadah digital yang menyelaraskan sumber-sumber tenaga di beberapa lokasi di Singapura.

"VPP memberikan banyak faedah seperti fleksibiliti, kemampuan berkembang dan daya tahan grid kuasa," menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dan Sembcorp dalam satu kenyataan media.

Sebagai contoh, loji tersebut akan memanfaatkan sepenuhnya pengeluaran kuasa di merata Singapura dengan menggunakan data masa nyata.
VPP boleh memanfaatkan sumber-sumber tenaga seperti panel suria dan sistem penyimpanan tenaga di rumah-rumah dan syarikat-syarikat.

Ia juga boleh mengumpul maklumat mengenai keadaan pasaran daya tenaga tempatan, lantas menguruskan dengan lebih baik perbekalan dan permintaan kuasa elektrik.

Dengan sumber-sumber elektrik tambahan dan pengurusan daya tenaga lebih baik, risiko gangguan bekalan yang dihadapi para pengguna akan berkurangan.

Ketua Pegawai Digital SembCorp, Matthew Friedman berkata para pengguna pula akan meraih beberapa manfaat.

"Mereka boleh ikut serta. Jika mereka ada panel-panel suria di rumah mereka, atau simpanan tenaga, mereka boleh menyumbang kepada loji janakuasa maya itu. Ia juga melibatkan kos penghasilan lebih rendah untuk menggunakan sumber-sumber tenaga mampan bagi menjana tenaga."

Dalam erti kata lain, para pemilik rumah dan perniagaan yang menghasilkan tenaga kuasa mereka sendiri mungkin boleh menjualnya, jika tenaga kuasa itu tidak mereka gunakan. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan