Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NSmen dapat diskaun di pusat penjaja, kedai untuk 2 bulan akan datang

Anggota Perkhidmatan Negara Kerahan (NSmen) akan menerima diskaun di beratus-ratus kedai makanan penjaja, restoran dan kedai-kedai sepanjang dua bulan akan datang. Demikian diumumkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Sabtu (29 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
NSmen dapat diskaun di pusat penjaja, kedai untuk 2 bulan akan datang

Diskaun ditawarkan mulai Hari SAF pada 1 Jul hingga 31 Ogos dalam kempen "Kami Sokong NS". (Gambar fail: MINDEF)

Diterbitkan : 29 Jun 2019 01:50PM Dikemas Kini : 29 Jun 2019 02:13PM

SINGAPURA: Anggota Perkhidmatan Negara Kerahan (NSmen) akan menerima diskaun di beratus-ratus kedai makanan penjaja, restoran dan kedai-kedai sepanjang dua bulan akan datang. Demikian diumumkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Sabtu (29 Jun).

Diskaun-diskaun tersebut, yang ditawarkan mulai Hari SAF pada 1 Jul hingga 31 Ogos, adalah sebahagian daripada kempen "Kami Sokong NS" yang dilancarkan oleh Majlis Keluarga dan Masyarakat ACCORD.

Diskaun itu ditawarkan kepada semua bekas NSmen dan anggota kerahan yang sedang berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team. Bagi mendapatkan diskaun, mereka perlu menunjukkan Kad Pengenalan SAF, atau memakai pakaian seragam mereka di kedai-kedai memaparkan pelekat "Kami Sokong NS".

Senarai gerai-gerai yang mengambil bahagian boleh didapati di laman MINDEF.

Kempen itu menggantikan kempen Hari Pengiktirafan SAF yang diperkenalkan pada 2013 dan menyokong "Kami Sokong Anda di NS", inisiatif yang dilancarkan pada 2015.

Acccord juga sedang bekerjasama dengan rakan kerja seperti SAFRA, Persatuan Rakyat dan HomeTeamNS untuk memperkenalkan diskaun dan promosi, serta papan iklan untuk mengiktiraf NSmen, menurut MINDEF. Persatuan Rakyat akan memasang sepanduk, poster dan papan iklan di ruang-ruang awam seperti di Kelab-Kelab Masyarakat dan Jawatankuasa Penduduk untuk menunjukkan sokongan kepada NSmen serta sumbangan mereka.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan