Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NSF SAF dapat topi keledar ergonomik pertingkat keberkesanan tempur

Anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sejak Oktober 2019 telah mula menggunakan topi keledar "potongan tinggi" ergonomik yang direka untuk meningkatkan keberkesanan pertempuran.

Anggaran Waktu Membaca:
NSF SAF dapat topi keledar ergonomik pertingkat keberkesanan tempur

Topi keledar baru SAF (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 16 Sep 2020 03:14PM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 03:18PM

SINGAPURA: Anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sejak Oktober 2019 telah mula menggunakan topi keledar "potongan tinggi" ergonomik yang direka untuk meningkatkan keberkesanan pertempuran.

Topi keledar baru itu juga memudahkan penggunaan alat lain, seperti alat dengar komunikasi dan alat penglihatan malam, jelas Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Rabu (16 Sep) sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Topi keledar baru itu adalah sebahagian daripada usaha Tentera Singapura untuk memanfaatkan sains dan teknologi untuk menyediakan peralatan yang direka secara ergonomik untuk meningkatkan keberkesanan pertempuran bagi setiap askar," menurut MINDEF.

Topi keledar baru itu hanyalah satu daripada peralatan yang sedang diteliti SAF bagi mempertingkatkan prestasi askar. Mediacorp sebelum ini melaporkan bahawa Tentera Singapura sedang menguji rangka luar titanium untuk mengurangkan beban bagi askar yang membawa barangan muatan berat.

Komand Operasi Khas Amerika Syarikat menggunakan topi keledar potongan tinggi yang serupa.

Menurut laman web tentera Amerika Syarikat SOFREP, pengeluar peralatan pertahanan Gentex Corporation dianugerahkan kontrak AS$95 juta (S$129 juta) pada 2019 untuk membekalkan helmet "super high-cut" kepada Komand Operasi Khas Amerika Syarikat.

Meskipun potongan tinggi topi keledar itu bermakna ia lebih ringan dan memudahkan penggunaan lebih banyak sistem perhubungan dan perlindungan pendengaran, ia juga menawarkan kurang perlindungan di sisi kepala, menurut laporan itu.

Helmet Amerika Syarikat itu dijual pada harga sekitar AS$1,860 (S$2,529) di laman Gentex.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan