Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NParks beri amaran tentang kawasan berlumpur di Pasir Ris Park

Lembaga Taman Negara (NParks) mengambil langkah memasang satu papan tanda, untuk memberi amaran kepada orang ramai yang ke kawasan berlumpur di Pasir Ris Park.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Feb 2019 08:08PM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 01:20AM

SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) mengambil langkah memasang satu papan tanda, untuk memberi amaran kepada orang ramai yang ke kawasan berlumpur di Pasir Ris Park.

Mereka yang meneroka kawasan pantai berdekatannya semasa air surut, mungkin terpijak kawasan berlumpur yang lembik dan boleh terperangkap.

Menurut NParks para pengunjung yang terperangkap dalam lumpur perlu kekal bertenang, perlahan-lahan cuba merenggangkan kaki yang terperangkap dan memastikan diri tidak terjatuh.

Para pengunjung juga dinasihati supaya mengekalkan tubuh mereka pada tahap yang rendah dan membebaskan diri daripada lumpur secara perlahan-lahan sehingga sampai ke kawasan tanah lebih keras.

Seorang pakar mengatakan tanah yang lembik adalah akibat kawasan berlumpur, bukan pasir jerlus. Kawasan berlumpur lazimnya terdapat di kawasan pesisiran pantai dan kawasan paya. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan