Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NParks agih 400,000 paket benih percuma, peruntuk geran S$1.8 juta tambah kebun masyarakat

Satu kajian yang dijalankan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) dan Hospital Universiti Nasional Singapura (NUH), mendapati bahawa berkebun sekurang-kurangnya satu jam seminggu adalah baik untuk kesihatan mental di tengah-tengah pandemik.

Anggaran Waktu Membaca:
NParks agih 400,000 paket benih percuma, peruntuk geran S$1.8 juta tambah kebun masyarakat

(Gambar: NPark)

Diterbitkan : 09 Oct 2021 08:19PM Dikemas Kini : 09 Oct 2021 08:25PM

SINGAPURA: Satu kajian yang dijalankan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) dan Hospital Universiti Nasional Singapura (NUH), mendapati bahawa berkebun sekurang-kurangnya satu jam seminggu adalah baik untuk kesihatan mental di tengah-tengah pandemik.

Oleh itu, 400,000 paket benih bakal diagihkan NParks menerusi lelamannya esok (10 Okt) bagi menggalakkan budaya tersebut.

Geran S$1.8 juta juga akan diperuntukkan bagi menambah jumlah kebun masyarakat.

Semua daya usaha itu diumumkan semasa pelancaran Pertunjukan Hortikultur sempena Pesta Taman Singapura pada Sabtu (9 Sep).

Geran terbaru itu bertujuan membantu perusahaan sosial untuk membiayai bersama kebun-kebun masyarakat di petak-petak yang telah dikenal pasti.

Ia juga boleh digunakan untuk menganjurkan bengkel-bengkel tentang hasil tanaman kebun yang boleh dimakan.

Permohonan untuk geran tersebut dibuka pada 15 November nanti. 

Sumber : CNA/IQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan