Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NLB tambah koleksi e-buku

Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) sedang berusaha untuk menambah koleksi 900,000 bahan bacaan elektronik atau e-buku yang ada sekarang kerana permintaan yang semakin meningkat daripada pembaca.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jul 2019 07:13PM Dikemas Kini : 01 Jul 2019 11:43PM

SINGAPURA: Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) sedang berusaha untuk menambah koleksi 900,000 bahan bacaan elektronik atau e-buku yang ada sekarang kerana permintaan yang semakin meningkat daripada pembaca.

Antara lain, NLB merancang untuk memperkenalkan suratkhabar dan majalah elektronik.

Menurut NLB lagi, permintaan bagi buku-buku audio dalam koleksinya juga semakin meningkat.

Dapatan satu kajian menunjukkan 55 peratus orang dewasa membaca e-buku pada tahun lalu berbanding 41 peratus pada 2016.

Pinjaman e-buku juga meningkat lebih seganda kepada kira-kira 3 juta pada tahun lalu berbanding 1.5 juta pada tahun sebelumnya.

Walaubagaimanapun, NLB menyatakan ia akan terus memberi tumpuan kepada golongan pembaca yang berminat pada buku-buku fizikal.

Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran menyifatkannya sebagai trend yang menggalakkan dan beberapa inisiatif NLB untuk menggalakkan tabiat membaca berhasil.

"Tahun ini tujuan NLB adalah pertama sekali untuk menggalakkan rakyat Singapura supaya membaca lebih luas, membaca lebih banyak dan juga membaca bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan. Dan tahun ini juga ia tentang bahan-bahan tempatan iaitu kisah kisah atau sejarah tentang Singapura," katanya. 

Sumber : CNA/RR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan