Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NJC lantik 3 Rakan Pembangunan Pekerjaan untuk perluas peluang pekerjaan, program pelatih

Majlis Pekerjaan Kebangsaan (NJC) melantik tiga Rakan Pembangunan Pekerjaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2020 08:20PM Dikemas Kini : 16 Oct 2020 09:20PM

SINGAPURA: Majlis Pekerjaan Kebangsaan (NJC) melantik tiga Rakan Pembangunan Pekerjaan.

Mereka adalah Persekutuan Perniagaan Singapura, Institut Perbankan dan Kewangan (IBF) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja NTUC.

Langkah itu bagi meluaskan peluang-peluang pekerjaan dan program pelatih menerusi kerjasama proaktif dengan syarikat-syarikat.

Ketiga-tiga pihak itu akan membantu rakyat Singapura memanfaatkan peluang-peluang sedemikian dari segi penempatan pekerjaan, latihan dan pemadanan kemahiran.

Pengerusi Majlis Pekerjaan Kebangsaan, Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam berkata, sedang syarikat-syarikat mengubah operasi di tengah-tengah pandemik COVID-19, mereka berpeluang untuk mewujudkan atau mengubah pekerjaan.

"Rakan-Rakan Pembangunan Pekerjaan tidak menghasilkan pengetahuan, tetapi mereka yang menghubungkan individu-individu supaya kita boleh memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan industri, tetapi yang kritikal, menjangkakan perubahan sebelum ia berlaku supaya para pekerja boleh berpindah dari suatu pekerjaan kepada pekerjaan yang lain," kata Encik Tharman.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan