Images
  • state court
    (Gambar: CNA)

Ning Pte Ltd didenda S$750 jual PMD tanpa sijil UL2272; kes pertama di S'pura

SINGAPURA: Sebuah kedai runcit di Singapura didenda S$750 kerana mempamerkan alat mobiliti peribadi (PMD) yang tidak mempunyai sijil keselamatan.

Kes ini adalah yang pertama seumpamanya yang didakwa di bawah Akta Mobiliti Aktif (AMA).

Di bawah AMA, para peruncit tidak dibenarkan menjual atau mempamerkan PMD yang tidak mempunyai pensijilan UL2272 selepas Julai tahun ini.

Pensijilan keselamatan itu bertujuan untuk menangani risiko kebakaran PMD.

Ning Pte Ltd merupakan peruncit pertama didakwa di bawah akta tersebut.

Ning Pte Ltd didapati mempunyai tiga PMD yang tidak ada pensijilan UL2272, yang dipamerkan di kedainya walaupun sudah dimaklumkan pihak berkuasa pada tahun lalu.

Jika didapati bersalah, syarikat itu boleh dikenakan denda $1,000 atau dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan.

Mediacorp difahamkan Ning Pte Ltd sudah tidak lagi mempamerkan dan menjual alat-alat yang tiada pensijilan tersebut. 

- CNA/NF/fz

Top