Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NHB, kedai-kedai bekerjasama adakan muzium mini

Di sebalik setiap perniagaan yang tidak lapuk ditelan arus pemodenan, tersimpan banyak sejarah menarik yang mungkin tidak diketahui ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Mar 2020 08:00PM Dikemas Kini : 07 Mar 2020 09:58PM

SINGAPURA: Di sebalik setiap perniagaan yang tidak lapuk ditelan arus pemodenan, tersimpan banyak sejarah menarik yang mungkin tidak diketahui ramai.

Menerusi Skim Galeri Warisan Sudut Jalan, lima pemilik kedai di Balestier yang pertama bekerjasama dengan Lembaga Warisan Negara untuk mengadakan muzium-muzium mini di dalam kedai masing-masing.

Ia sebahagian daripada usaha untuk melestarikan dan meningkatkan lagi kesedaran tentang warisan kawasan kejiranan mereka.

Pastri kacang hijau adalah lambang kemegahan bagi kedai roti Loong Fatt Tau Sar Piah.

Bermula seawal tahun 1948, kedai itu adalah salah satu peserta Skim Galeri Warisan Sudut Jalan.

Kedai-kedai yang menyertainya akan menerima sehingga S$1,000 setahun untuk membangunkan program atau menyertai acara-acara warisan utama.

Skim itu akan diluaskan ke tempat-tempat bersejarah yang lain - Kampong Gelam, Little India, Geylang Serai dan Kreta Ayer sebelum 2022.

"Melalui skim ini, kami berharap dapat bekerjasama dengan pemilik-pemilik bisnes persendirian untuk menanamkan rasa pemilikan yang lebih kuat untuk mereka dan mempamerkan warisan dagangan mereka. Dan dengan cara itu, dapat menghidupkan kawasan ini melalui warisan peringkat jalanan," kata Timbalan Pengarah, Pendidikan & Pelibatan Masyarakat NHB, Noraseleen Salleh.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan