Images
  • ai nhb
    (Gambar: Facebook/I Love Museums)

NHB atur program khas sempena cuti sekolah

SINGAPURA: Cuti sekolah sudah bermula.

Jika anda sedang memikirkan apakah kegiatan yang boleh dilakukan bersama anak-anak, ini ada satu cadangan.

Sempena acara tahunan Musim Kanak-Kanak, Lembaga Warisan Negara (NHB) mengatur pelbagai program menarik yang menawarkan pengalaman budaya dengan cara seronok.

Acara kali ini menampilkan watak seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun bernama 'Ai' dalam satu permainan yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Gambar-gambar Ai akan diletakkan di 22 muzium lain yang mengambil bahagian.

Sambil cuba untuk mencari Ai, para pelawat diajak menikmati lebih daripada 70 pameran dan program yang disediakan 22 muzium yang mengambil bahagian.

Anda juga boleh menjejaki Ai menerusi satu permainan mencari harta karun secara online atau peranti mudah alih.

Anda hanya perlu mendaftarkan di Facebook dan lelaman NHB.

Acara Musim Kanak-kanak NHB itu berlangsung sehingga 3 Januari akan datang.

- CNA/RR/tq

Top