Images
  • r ng
    Menteri Pertahanan Ng Eng Hen. (Gambar fail: TODAY)

Ng Eng Hen lakukan lawatan rasmi 4 hari ke Jerman

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen akan melakukan lawatan empat hari ke Jerman mulai esok (15 Feb).

Beliau akan berada di Munich pada Sabtu ini (16 Feb) untuk menghadiri Persidangan Keselamatan Munich ke-55. Persidangan peringkat tinggi itu menghimpunkan para pemimpin utama dalam ehwal luar dan pertahanan dari seluruh dunia.

Dr Ng akan berucap di mesyuarat meja bundar mengenai Pertikaian di Laut China Selatan, di samping mengadakan pertemuan-pertemuan dua hala dengan para pemimpin asing.

Dari Munich, Dr Ng akan ke Kiel di utara Jerman, di mana beliau akan merasmikan pelancaran kapal selam Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN), jenis 218SG.

Singapura memperoleh empat kapal selam itu sebagai sebahagian daripada pembangunan keupayaan jangka panjang RSN.  

- CNA/MM/aq

Top