Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ng Chee Meng: Pekerja dan majikan perlu kekal relevan dalam landskap perniagaan yang kian berubah

Pergerakan buruh akan menubuhkan Jawatankuasa Tiga Pihak bagi menyokong dengan lebih baik para pekerja yang semakin tua.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 May 2018 06:17PM Dikemas Kini : 16 May 2018 01:01AM

SINGAPURA: Pergerakan buruh akan menubuhkan Jawatankuasa Tiga Pihak bagi menyokong dengan lebih baik para pekerja yang semakin tua.

Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Ng Chee Meng juga mengumumkan ia akan membantu agenda transformasi Singapura.

Berucap di parlimen, Encik Ng turut menarik perhatian kepada golongan pekerja yang mungkin terdedah kepada tranformasi itu seperti para pekerja bergaji rendah, pekerja matang dan pertengahan umur serta yang bergaji pertengahan.

Untuk kekal berdaya saing, warga Singapura harus dahagakan kemahiran baru dan perniagaan perlu dirombak semula. Tetapi strategi-strategi genting itu belum dapat diusahakan secepat mungkin.

Encik Ng juga menyeru supaya teknologi dimanfaatkan bagi transformasi perniagaan.

USAHA LAKSANAKAN PERANCANGAN PERUBAHAN INDUSTRI

Pergerakan buruh tambah beliau, akan bekerjasama dengan pemerintah untuk mengekang gaji para pekerja bergaji rendah daripada mendatar.

Bagi para pekerja matang, Encik Ng menyarankan Jawatankuasa Tiga Pihak menawarkan sokongan lebih baik. Encik Ng turut menyeru semua pekerja agar terus meningkatkan kemahiran dengan tumpuan kepada golongan pertengahan usia dan bergaji pertengahan.

Encik Ng juga menegaskan 23 Perancangan Perubahan Industri (ITM) akan membantu semua pekerja merebut peluang-peluang yang ada.

"Langkah terbaik bagi Pergerakan Buruh adalah melaksanakan Perancangan Perubahan Industri dan terus bekerjasama dengan rakan-rakan tiga pihak agar pelan-pelan tersebut menjadi latihan berguna untuk para pekerja," kata Encik Ng.

LEBIH BANYAK PELUANG BAGI GOLONGAN PEKERJA BERISIKO

Namun Encik Ng mengatakan lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk golongan pekerja yang berisiko.

Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol Zainal Sapari pula menyeru agar peluang meningkatkan kemahiran ditingkatkan untuk golongan pekerja berisiko.

"Pemeritah juga boleh memberikan galakan dan insentif kepada majikan-majikan untuk melahirkan budaya kerja yang lebih positif di mana pekerka-pekerja bergaji rendah berasa senang dan bangga melaksanakan tugas mereka. Ini sudah terbukti meningkatkan daya penghasilan dan membolehkan pekerja-pekerja mendapatkan pendapatan yang lebih baik," kata Encik Zainal.  

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan