Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ng Chee Meng dilapor bakal ambil alih tugas Chan Chun Sing sebagai ketua pergerakan buruh

Menteri Pendidikan (Sekolah) Ng Chee Meng dijangka dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung NTUC dalam rombakan kabinet yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Ng Chee Meng dilapor bakal ambil alih tugas Chan Chun Sing sebagai ketua pergerakan buruh

Menteri Pendidikan (Sekolah) Ng Chee Meng.

Diterbitkan : 21 Mar 2018 10:01PM Dikemas Kini : 21 Mar 2018 10:03PM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan (Sekolah) Ng Chee Meng dijangka dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung NTUC dalam rombakan kabinet yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Ini dilaporkan oleh Lianhe Zaobao hari ini (21 Mac).

Laporan yang menukil beberapa sumber yang tidak dinamakan turut menyatakan bahawa Encik Ng akan kemudian menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung tidak lama selepas itu. Selain itu, menukil "maklumat yang boleh dipercayai" daripada sumber-sumber, Zaobao menyatakan para anggota Jawatankuasa Pusat NTUC sudah dimaklumkan dengan harapan mereka akan menyokong pelantikan Encik Ng.

Akhbar itu menambah bahawa Encik Ng dijangka akan dilantik sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri, dan mengambil alih jawatan ketua pergerakan buruh, Encik Chan Chun Sing.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, NTUC menyatakan: "Jika dan di mana ada sebarang perubahan, kami akan membuat pengumuman yang perlu."

Rombakan kabinet dijangka akan berlangsung selepas Parlimen direhatkan pada pertengahan penggal. Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata bulan lalu bahawa rombakan itu akan memberi menteri yang lebih muda lebih banyak pendedahan dan tanggungjawab.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan