Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ng Chee Meng dilantik sebagai Setiausaha Agung NTUC

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng dilantik sebagai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC). Demikian menurut kesatuan itu hari ini (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 May 2018 07:04PM Dikemas Kini : 23 May 2018 02:38AM

SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng dilantik sebagai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC). Demikian menurut kesatuan itu hari ini (22 Mei).

Jawatankuasa itu sebulat suara menyokong pelantikan Encik Ng sebagai Setiausaha Agung NTUC, langkah yang dijangkakan selama beberapa waktu kebelakangan ini.

Encik Ng, 49 tahun, dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan sebagai ahli jawatankuasa pusat NTUC pada 23 April.

"Bermula 1 Mei, beliau akan berkhidmat dalam gerakan buruh itu secara sepenuh masa selepas melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan (Sekolah) dan Menteri Kedua Pengangkutan," menurut NTUC.

NTUC LUAHKAN PENGHARGAAN KEPADA CHAN CHUN SING

NTUC menyatakan jawatankuasa pusatnya sudah menerima peletakan jawatan Mantan Ketua Buruh Chan Chun Sing yang akan berkuat kuasa pada Selasa (22 Mei). Encik Chan menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan sejak 1 Mei menyusuli satu rombakan Kabinet.

Encik Chan, 48 tahun, memimpin NTUC selama tiga tahun sebelum melepaskan jawatan tersebut.

Beliau menyatakan dalam surat peletakan jawatannya bahawa tugasnya dalam Kementerian Perdagangan dan Perusahaan adalah satu lanjutan kepada tanggungjawabnya di NTUC.

"Gerakan Buruh itu masih boleh terus mengharapkan saya - sebagai seorang teman, rakan kongsi, dan seorang penyokong," tulis beliau.

Beliau turut menggesa NTUC untuk membantu "mereka yang menganggur buat masa ini untuk mendapat pekerjaan masa depan".

Dalam ucapan perpisahan bertulisnya kepada Encik Chan, NTUC mengucapkan terima kasih kepadanya atas "sumbangan tidak ternilai" untuk mengukuhkan lagi gerakan buruh.

"Saudara Chun Sing, anda membawa perubahan kepada gerakan buruh ini dan menjadikan kami satu gerakan buruh yang luar biasa - satu gerakan yang menjadi wakil lebih baik dan relevan kepada tenaga kerja kami, di samping mampu berkhidmat lebih baik serta memajukan lagi kepentingan rakyat," tulis Presiden NTUC dalam suratnya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan